Saturday, July 31, 2010

FAM perlukan PERUBAHAN...

Hanya terbaik
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/07/31

Presiden FAM gesa delegasi tidak buat pilihan berdasar kenegerian

TUMPUAN terarah kepada perwakilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila mereka berhimpun untuk memilih apakah corak hala tuju bola sepak negara bagi tempoh empat tahun akan datang.
Lebih penting, dalam kongres kali ke-47 ini juga, 38 delegasi daripada 19 ahli gabungan yang berkumpul di Glenmarie, Shah Alam, bertanggungjawab untuk menentukan barisan anggota majlis eksekutif yang bakal membuat segala dasar penting bagi penggal 2010-2013 nanti.
Ketika majlis ketika ini dilihat kehilangan taring berikutan pengaruh sesetengah individu yang bertindak bagai perancang polisi dan pembuat keputusan dengan membelakangkan majlis, masanya sudah tiba buat Presiden, Sultan Ahmad Shah dan 14 wakil lain menyatakan pendirian teguh menghentikan amalan pemusatan kuasa pihak terbabit.

Kongres kali ini juga dianggap penting dalam sejarah FAM kerana ia kali pertama dilaksanakan berasaskan perlembagaan baru FAM yang sejajar dengan statut Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Badan bola sepak dunia itu kini menetapkan hanya jawatankuasa eksekutif yang berhak merancang dan memutuskan semua polisi badan induk manakala sebarang campur tangan dari pihak luar akan menjurus kepada tindakan penggantungan oleh FIFA.

Jawatankuasa eksekutif yang terdiri daripada presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan ahli eksekutif yang dipilih kali ini seharusnya mereka yang berkelayakan, bukan dipilih atas semangat kenegerian semata-mata, seperti peringatan yang disampaikan Tuanku pada mesyuarat majlis terakhir, 18 Julai lalu.
“Seiring dengan konsep 1Malaysia, saya juga ingin melihat exco FAM pada penggal akan datang ini tidak didominasi satu atau dua persatuan saja.

Berasaskan senarai calon yang bakal bertanding, saya mendapati ada satu atau dua persatuan yang bertanding untuk merebut semua peringkat jawatan, dari timbalan presiden, naib presiden dan ahli exco,” titah Sultan Ahmad Shah ketika itu.

Mesejnya cukup jelas dan harus menjadi bekalan kukuh buat perwakilan untuk memadam desakan, pujukan atau janji manis yang ditabur, kerana mereka perlu sedar segala keputusan hari ini akan menentukan sama ada bola sepak negara terus memenuhi potensinya, menjadi statik atau kembali merudum.

PEMILIHAN KONGRES FAM KE-47

Presiden: Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden (2 jawatan):

Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Datuk Che Mat Jusoh
Tan Sri Annuar Musa
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

Naib Presiden (4 jawatan):

Datuk Afandi Hamzah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Datuk S Subramaniam
Datuk Hamidin Mohd Amin
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
Datuk Subahan Kamal
Datuk Lawrence Gimbang

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (8 jawatan):

Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim
Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman
Datuk Hamdan Mohamed Khalib
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Jeferey Low Han Chau
Datuk Astaman Abdul Aziz
Datuk Ibrahim Shamsuddin
Datuk Osman Salleh
Datuk Soh Chin Aun
Rosmadi Ismail
Mejar Rani Abdul Rahim
Wan Mohd Nizam Wan Omar
S Sivasundram

Sumber:-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hanyaterbaik/Article
 

No comments:

Post a Comment