Saturday, September 25, 2010

SIAPA LELAKI DAYUS??..BILA LELAKI MENJADI DAYUS???

Nabi SAW bersabda :- Ertinya :

“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus,:- Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi SAW: Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda : Ertinya :

"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout) Sekian sumber : Zaharuddin Abd Rahman 

Wassalam

Friday, September 24, 2010

TAZKIRAH BUAT MELAYU!!!

sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/tazkirah-buat-melayu.html


(Keris Taming Sari yang diguna Hang Tuah membunuh Hang Jebat)

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan artikel tulisan Datuk Mohd. Ariff (bekas ADUN Pulau Manis) di www.sakmongkol.blogspot.com mengenai kedudukan dan keadaan bangsa Melayu hari ini.

Saya bersetuju sangat dengan pandangan beliau. Pada saya, tindakan UMNO baru-baru ini menolak sebarang hubungan atau kerjasama dengan Perkasa adalah satu tindakan menggali kubor sendiri. Kata omputeh, "it's a self destructive move!". UMNO dilihat sebagai Si Tanggang yang lupa asal usulnya. Bukan itu sahaja, UMNO kini dilihat sebagai Hang Tuah yang menggunakan keris Taming Sari membunuh sahabatnya sendiri Hang Jebat!!

UMNO perlu sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Melayu. Tanpa Melayu tiada UMNO, tapi tidak semestinya tiada UMNO hilang Melayu. UMNO perlukan sokongan Melayu, disitulah power base bagi UMNO. Itu adalah sifir politik yang budak Tadika Kemas pun boleh nampak.

Sebagaimana PAS harus sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Muslim. Tanpa Muslim tiada PAS, tetapi tidak semestinya tiada PAS hilang Muslim. PAS perlukan sokongan Muslim, disitulah power base bagi PAS. Itu adalah sifir politik yang budak Pasti pun boleh nampak.

Tetapi hari ini, UMNO mengenepikan Melayu demi mengejar undi Cina! PAS mengenepikan Muslim demi mengejar undi Cina!

UMNO - Melayu = Cina!
PAS - Muslim = Cina!
Yang rugi Melayu Muslim, yang untung jelas siapa dia!!

Berbalik kepada UMNO, adalah tidak logik dan bertentangan dengan aqal yang waras kalau UMNO bertindak menolak kerjasama dengan sebuah badan saperti Perkasa yang memperjuangkan hak dan kedudkan bangsa Melayu. Apatah lagi jika pendirian itu dibuat kerana tekanan dan kehendak parti bukan Melayu.

Perkasa adalah umpama Hang Jebat bagi orang Melayu Muslim hari ini. Ia cuba mempertahankan hak dan kedudukan Melayu Muslim, membela bangsa dan agama yang dikhianati oleh parti-parti politik Melayu Muslim. Sebaliknya perjuangan murni itu ditikam oleh keris pedang parti-parti politik Melayu Muslim yang begitu ketakutan kehilangan undi dan sokongan kaum Cina. Akhirnya nanti, kedua-duanya akan berputih mata! Yang dikejar tak dapat, yang dikendung akan berciciran!

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, UMNO mengambil pendekatan merangkum dan menjalin hubungan dengan mana-mana pihak yang boleh menobatkan bangsa Melayu Muslim semula sebagai kuasa unggul Tanah Melayu ini. Samada ianya NGO, parti politik, atau mana-mana pertubuhan, gerakan dan lain-lain.

Pada saya sifir politiknya mudah. Power base di Malaysia ini terletak kepada kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu Muslim itu sendiri. Mana-mana pihak yang dilihat menguasai politik Melayu Muslim, maka pihak itulah yang akan berkuasa. Kerana kaum bukan Melayu Muslim ini umpama semut, mana letak gula disitulah dia akan pergi. Selama ini persepsi dikalangan bukan Melayu Muslim ialah kuasa Melayu Muslim terletak pada UMNO. Sebab itulah UMNO dihurungi.

Tetapi hari ini persepsi itu sudah berjaya dipecahkan, oleh orang Melayu Muslim sendiri. Kini mana-mana orang bukan Melayu Muslim tahu bahawa kuasa dominan politik Melayu Muslim sudah berpecah, hampir 50:50 kepada UMNO dan PAS/PKR. Dalam keadaan itu, mereka tahu power base Melayu Muslim sudah tiada. Kuasa tunggal Melayu Muslim di Tanah Melayu kini sudah jadi satu mitos.

Oleh itu, kaum bukan Melayu Muslim sudah dapat menghidu bahawa mitos Ketuanan Melayu Muslim sudah menjadi cerita dongeng. Mereka sudah nampak bahawa bukan sahaja pneguasaan ekonomi, kini penguasaan politik juga sudah hampir berada didalam genggaman. Dan ini diperburukkan lagi bukan sahaja oleh sikap segelintir Melayu Muslim yang bersedia menjadi barua, balaci dan sikitol, tetapi juga kerana UMNO sendiri tidak juga berubah.

Keangkuhan, kesombongan, rasuah, salahguna kuasa makin parah. Ditambah pula hari ini UMNO kelihatan makin lupa asal usul. Paksi kepada sumber kekuasaan UMNO iaitu bangsa Melayu Muslim sendiri diketepikan.

Kalau dahulu memang benar UMNO mewakili suara Melayu Muslim, atau lebih tepat lagi Melayu Muslim marhaen. Sebab itu Perhimpunan Agong UMNO dihadiri oleh perwakilan dari kalangan rakyat bawahan; petani, penoreh getah, peladang, pekebun, nelayan, pemandu teksi, termasuk khususnya guru-guru. Mereka ini adalah golongan yang tiada kepentingan, mereka benar-benar membawa suara rakyat bawahan, umat marhaen. Kepentingan mereka hanya untuk melihat Melayu Muslim marhaen dibela dan dipertahankan.

Maka muncullah dasar dan polisi yang menjaga kepentingan Melayu Muslim marhaen. Ujudlah Bank Bumiputera, Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Institut Teknologi MARA, Felda, Felcra, Risda, Bank Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dengan segala skim amanahnya, dan banyak lagi institusi yang semuanya dilihat menjaga kebajikan dan kepentingan Melayu Muslim marhaen. Maka sokongan Melayu Muslim marhaen bulat kepada UMNO.

Tetapi hari ini Perhimpunan Agong UMNO dipenuhi dengan kereta mewah, perwakilannya para korporat dan teknokrat, yang suara dibawa bukan lagi suara Melayu Muslim marhaen, sebaliknya hanya untuk memastikan tembolok dan akaun bank mereka makin tebal. Muncul satu golongan baru dikenali sebagai Umnoputra; golongan yang jumlahnya sedikit tetapi mengaut keuntungan yang terlalu besar. Muncullah Renong Berhad, Fleet Group, UEM, 4 Budak Melayu, Budak Tingkat 4 dan banyak lagi kumpulan dan syarikat gergasi yang kantungnya berguni dengan duit subsidi dan kontrak projek!! Malah muncul Melayu penganggur paling kaya didunia dikalangan mereka. Kerja tiada tapi akaunnya tumbang dacing menimbangnya!!

Maka Melayu Muslim marhaen bangkit memberontak tidak berpuashati. Dan inilah isu yang dimainkan oleh pembangkang pun. Di Indonesia disebut "Kakane", KKN-Korupsi, Kulusi & Nepotis. Disamping itu pembangkang juga menakut-nakutkan golongan Melayu Muslim marhaen bahawa hak mereka juga sedang terhakis oleh golongan Umnoputra ini. Timbullah isu Felda bankrap, Felcra muflis, Mara nak bungkus, Bank Bumi sudah ghaib, baisiswa sudah hapus, dan banyak lagi isu yang menakutkan mereka. Dan saya yakin isu-isu saperti ini akan terus dipermainkan selagi UMNO tidak berubah.

Dalam keadaan itulah orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari alternatif untuk mereka. Kalau waktu ini Parti Semangat Melayu 46 masih ujud, saya percaya UMNO sudah boleh ditalqinkan. Tetapi apa nak buat. Semangat 46 pun kubur tak tahu kat mane! Jadi orang Melayu Muslim marhaen meletak harapan kepada PAS. Namun PAS pula dilihat sebagai parti yang bukan sahaja bersedia menggadai bangsanya (sehingga ada yang tidak bangga jadi melayu), malah PAS dilihat sebagai sanggup mempermainkan dan menjual agamanya sendiri. Timbul isu talaq 3, kuil diizin bina kawasan Melayu Muslim, tempat sujud ruku' boleh diceroboh kafir tanpa tutup aurat, sehinggakan nama ALLAH pun jadi bahan politik kepartian!!

Dalam keadaan orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari inilah munculnya kumpulan saperti Perkasa, yang dilihat benar-benar berusaha mahu mempertahankan hak orang Melayu Muslim marhaen samada dari segi agama Islamnya, mahupun kedudukan dan hak keistimewaannya. Maka tidak hairanlah orang-orang Melayu Muslim marhaen, termasuk dari kedua-dua parti politik besar melayu Umno & Pas, berbondong-bondong menyertai dan menyokong Perkasa. Dalam tempoh yang begitu singkat keahlian Perkasa kini sudah menuju ke setengah juta!!

Saya percaya fenomena ini berlaku bukan kerana kehebatan Perkasa, apatah lagi Datuk Ibrahim Ali. Saya ingat kalau atas nama Tok Him mau lari orang Melayu. Tetapi kerana orang Melayu Muslim marhaen sudah tidak nampak ada harapan kepada Umno mahupun Pas. Kedua-duanya kelihatan kuno dan melepas!

Sebab itu pada saya, adalah satu kesilapan besar bagi Umno untuk menolak Perkasa mentah-mentah. Malahan sebagai satu strategi politik yang bijak dan waras, Umno sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada Perkasa, dan mana-mana Ngo dan pertubuhan yang mewakili akar umbi Melayu Muslim marhaen ini. Apatah lagi dengan kegagalan Pemuda Umno memainkan peranan yang sepatutnya. Pemuda yang dahulu terkenal dengan jolokan Singa Melayu, kini hanya menjadi kucing kurap yang lebih seronok menari gendang orang lain.

Saya lihat didalam Umno kini (termasuk juga Pas) memang ramai yang cerdik pandai, tetapi tidak bijak dan waras. Malah ada yang sudah mencecah kepada biol dan bahalul!

Sebab itu saya menyeru Umno (dan PAS) supaya balik ke pangkal jalan. Binalah semula kekuatannya sebagai "Malay-Muslim base party", yang mendapat sokongan mutlak bangsa Melayu-Muslim, terutama golongan marhaen dan bawahan. Lebih elok lagi kalau Umno dapat memperjuangkan dan memperkasakan Islam. Malah dalam kelesuan dan ketidakmayaan Pas hari ini, Umno sepatutnya merebut peluang untuk mengisi kekosongan perjuangan Islam yang ditinggalkan. Kerana tanpa Islam apa sangatlah bangsa Melayu ini. Kalau Umno boleh menukar strategi dan dasarnya sekarang, termasuk melakukan rebranding kepada beberapa slogannya yang kurang keislaman dan kemelayuannya, dan mengadakan lebih banyak dasar, polisi dan program yang lebih bersifat "Islamic & Malay Outreach", saya percaya ia boleh bangkit semula sebagai kuasa baru yang diterima oleh bukan sahaja oleh bangsa Melayu-Muslim, malah akan kembali dihurungi oleh kaum bukan melayu.

Jangan kita termasuk golongan yang disebut dalam peribahasa Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Terlalu mengejar sokongan dan undi bukan melayu, akhirnya sokongan dan undi Melayu-Muslim pun kehilangan.

Wassalam.

Zulkifli bin noordin
Selasa
12 Syawal 1431
21 Sept 2010

Saturday, September 18, 2010

HIKAYAT 16 SEPT!!...

sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/16-sept.html
Bendera asal Persekutuan Tanah Melayu

Salam 2 all.
Hari ini Khamis 16 Sept 2010 (bersamaan 07 Syawal 1431), seluruh negara meraikannya sebagai peringatan tertubuhnya negara yang hari ini dikenali sebagai Malaysia. Gabungan diantara empat negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak. Ianya berlaku pada 16 September 1963, empat puluh tujuh tahun yang lalu.

Mengapa negara ini dipanggil Malaysia selepas penggabungan teman pun tak pasti yop. Teman dah cuba buat research tapi tak jumpa jawapan. Siapa sebenarnya yang memberi nama Malaysia itu? Apa makna "Malaysia" teman pun tak tahu! Dan mengapa Malaysia namanya..entah ler. Kot mike diluar sana ada jawapannya boleh lah berkongsi maklumat. Tapi teman ada sedikit maklumat yang teman catat dibawah yang mungkin boleh membantu*.

Macam juga bendera Malaysia**. Yang teman tau, bendera Malaysia ni sebijik rupa bendera Amerika, cuma beza Amerika ada 54 bintang, kita ada satu bulan sabit satu bintang. Yang lain semua sama. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan langsung, malah kekadang mengelirukan. Malah masa teman di Gaza baru-baru ini pun ada bebudak Falastin tanya soalan yang sama, "ente Amarikan"?!

Itu yang terjadi kepada pasukan konvoi bantuan kemanusiaan kita di Afghanistan tidak lama dulu. Pihak mujahiddin Afghanistan menyangka ianya konvoi Amerika kerana bendera yang terpacak atas jeep,. lalu ditembaknya. Sampai ada yang mati. Nasib baik kekawan kita menjerit ALLAH huakbar, kalau tak dah sampai alam barzakh dah dema yop!!

Mungkinkah sudah tiba masanya kita menimbang membuat bendera baru Malaysia? Bendera yang benar-benar menggambarkan negara Malaysia yang berdaulat, berteraskan Melayu/ Islam, dengan agama & bangsa lain turut bernaung dibawahnya; merangkumkan Perekutuan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Apa kata kita buat satu pertandingan merekacipta bendera Malaysia yang baru, ori dan tulin..piaw-piaw Malaysia punya tanpa perlu "cut & paste" orang lain punya? Mungkin kita boleh guna semula bendera asal Persekutuan Tanah Melayu (saperti gambar atas), yang mungkin boleh diubahsuai ikut keperluan semasa?!

Aik, takkan cadangan macam ni pun dianggap menderhaka kepada negara kot yop! Ni sebenarnya satu cadangan untuk penambahbaikan kualiti negara, kalu tak malu kita yop. Kita pi kat United Nation bendera seluruh negara didunia ini terpacak, jelas satu dunia akan kata kita dengan Amerika memang sedara kembar..sepusat sepusing, mak lain-lain, bapak asing-asing! Alangkan Israel anak menakan Amerika pun ada bendera sendiri yang ori takde copy-copy orang punya yop!!

Berbalik pada 16 Sept, teman dok buat research pasal apa tarikh 16 Sept yang dipilih, kenapa tak disamakan dengan 31 Ogos, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Kan senang, tak payah gaduh-gaduh macam sekarang. Boleh kita sambut sekaligus saje. Ni tak pasal-pasal kita kena cuti dua hari yop. Maka negara kehilangan 24 jam waktu produktiviti. Dah lah negara kita paling banyak cuti. Raya Melayu cuti, raya Cina cuti, raya India cuti, raya Islam cuti, raya kristian cuti, raya hindu cuti, raya budha cuti, raya dayak cuti, raya iban cuti, raya kadazan cuti, segala macam raya dan perayaan. Betoi-betoi kita ni kerja setahun entah berapa hari tak tau. Tolak Sabtu-Ahad, tolak cuti raya sana-sini, tolak cuti wajib lain, memang mewah cuti kita yop!

Balik pada cerita tarikh 16 Sept, korek punya korek, research punya research, teman terbaca buku "The Singapore Story-Memoir of Lee Kuan Yew". Ni pun satu punya kayu. Negara yang satu ketika dulutanah umat Islam bangsa Melayu, dikenali dengan nama sejarahnya Singapura, hari ni dah lenyap nama itu. Yang ada "Singapore" - nama yang omputeh bagi. Bagi teman, kita umat Islam bangsa Melayu tidak sepatutnya terikut-ikut menggunakan nama omputeh ini; tidak ada makna dan sejarahnya langsung. Kita sepatutnya menggunakan nama asalnya Singapura. Macam Pulau Pinang; kita tak perlu ikut omputeh atau puak pelat ni dok panggil Penang. Nama orinya Pulau Pinang, pulau yang penuh dengan pokok pinang, pulau dimana mamak-mamak dulu kuat makan sireh berpinang. Nama "Penang" tu apa sejarahnya; paling dekat pun "pening". Dan memang orang Melayu Pulau Pinang dok pening dengan perangai cauvinis anak laki kitsiang dan juak-juak dia disana!!

Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 macam mana tarikh 16 Sept menjadi pilihan, dan bukannya 31 Ogos. "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

[Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..rupenya tarikh 16 September sebenarnya adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 yop!! Nampak gaya kita kena kencing dah yop. Empat puluh tujuh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu). Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah bangsa Melayu kena kencing.

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu kena kencing sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing. Ini kencing hilang negara yop. Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!

Dan jangan lupa kita semua kena kencing 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia yop..termasuk teman ler kena kelentong yop. Siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru yop. Siap berangan nak salam dengan Tuanku Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg yop..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku dok tunggu kat Istana. Teman dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan yop! Tau-tau kena kencing jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept yang teman tau. Teman harap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu kena kencing lagi yop. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, teman rase memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangoat dok sibuk mengembik mengurat si kapior, Pak Keris dok giler mengejar limau maruku. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!
Ni pun teman dok dengar cerita ada satu konspirasi besar nak dibuat tak lama lagi, yang teman rase kalau berjaya dilaksanakan memang bangsa Melayu tinggal kepiah dengan songkok ajelah! Apa konspirasi tu, nanti teman akan dedahkan. Sementara tu, holiday 16 Sept ni teman nak gi beraya rumah kekawan. Harap-harap ketupat rendang ado laie yop!

Selamat Hari Malaysia yop..eh..dema dah tukar jadi Selamat Hari 1 Malaysia pulak dah.. selamat..selamat :))

Adios amigos..grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Syawal 1431
16 September 2010
Huraian gambar-gambar
1. Gambar atas adalah bendera asal Persekutuan Tanah Melayu;
2. Gambar bendera Malaysia dipanggil Jalur Gemilang;
3. Gambar bendera Amerika dipanggil "Star & Stripes" atau "The Star Spangled Banner";
4. Gambar pokok pinang yang bertanduk yang menggemparkan negara sebelum tumbangnya Pulau Pinang ke tangan Kalipah Omar Guan Eng a/l Kitsiang;
5. Gambar sang singa dudok bersimpuh penuh sopan santun bersama anak Pak Jangoat!

*Nota: mengikut kajian terkini teman, nama Malaysia (atau asal ejaannya "Malaisia") mula sekali digunakan oleh pelayar Perancis Jules Dumont d'Urville pada tahun 1826 di Societe de Geographie untuk membezakan diantara Micronesia, Melanesia & Polynesia. Yang beliau maksudkan Malaisia itu merangkumi dunia Melayu iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia & Filipina. Malahan Filipina asalnya mahu menggunakan nama Malaysia namun kita mengisytiharkan penggunaannya dahulu pada tahun 1963 semasa penggabungan.

**Nota: bendera Malaysia direka oleh seorang arkitek JKR bernama Mohamed Hamzah yang berumur 29 tahun pada tahun 1947 semasa pertandingan mencipta bendera Persekutuan. Ianya meniru secara asas bendera Amerika Syarikat. Bendera itu kemudiannya diubah sedikit dengan penambahan bucu bintang dari 5 kepada 11 bucu dan jaluran ditambah mengikut jumlah negeri. Bendera itu pertama kalinya dinaikkan secara rasmi pada 16.09.1963. Mohamed Hamzah meninggal pada 13.02.1993 diwaktu berumur 75 tahun di Jalan Stulang Baru, Kg. Melayu Majidee, Johor Bharu.

Thursday, September 16, 2010

Wahai umat Islam..bersatulah kita dibawah tali ALLAH, berpegang kepada Al Quran & Sunnah.

sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/hari-bakar-al-quran-antarabangsa.html

HARI BAKAR AL QURAN ANTARABANGSA

Father Terry Jones la'natullah

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras tindakan Father Terry Jones la'natullah daripada Gereja Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat yang mengisytiharkan 11.09.2010 sebagai Hari Pembakaran Al Quran Antarabangsa. Pada hari tersebut beliau dan pengikutnya bercadang membakar Al Quran atas alasan bahawa "Al Quran bercanggah dengan Bible dan mengajar manusia kejahatan".

Tindakan beliau ini dibuat untuk kononnya memperingati kemusnahan bangunan World Trade Center dalam peristiwa 11 Sept 2001. Beliau mempersalahkan Islam dan Al Quran sebagai punca kejadian tersebut.

Sebenarnya gereja tersebut hanyalah sebuah gereja kecil dengan pengikut tak sampai pun 50 orang. Tetapi kita khuatir dengan tindak-tanduk beberapa orang paderi dan gereja yang akhir-akhir ini seolah-olah mencabar Islam dan tamaddun kemanusiaan. Di Malaysia sendiri kita sudah ada pader yang mengaku secara terbuka sebagai peliwat dan pengamal homoseks.

Yang peliknya kelihatan pihak berkuasa dan pihak kepimpinan gereja dan agama kristian seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa selain mengeluarkan kenyataan mengkritik dan mengutuk. Apakah benar mereka tidak boleh berbuat apa-apa, atau sengaja tidak mahu berbuat apa-apa.

Saya boleh bayangkan apa akan jadi jika seorang imam sebuah surau kecil di ceruk Baling sana membuat kenyataan akan membakar Bible. Saya pasti Bangsa-Bangsa Bersatu akan membuat sidang khas dan Majlis Keselamatan dan Nato akan menghantar tentera menyerang surau tersebut. Amerika jangan katalah, dia akan hantar bala tentera dan menceroboh serta menakluk Malaysia, dan mungkin meletakkan paderi peliwat dan homoseks itu sebagai Presiden Malaysia!!

Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton bahawa kerajaan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa adalah sangat memalukan. Konon cerita First Amendment Perlembagaan Amerika menjamin hak kebebasan bersuara, oleh itu mereka tidak mampu menahan Terry Jones daripada membakar Al Quran tersebut kerana itu hak kebebasan bersuara!

Inilah padahnya kalau hak kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dipertuhankan sangat, sehingga akhirnya kerajaan dan pemerintah serta rakyat menjadi mandul, dayus dan lumpuh bila berhadapan dengan puak-puak ini.

Saya kadang-kadang terfikir ada bagusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kita ada , kerana tindakan orang saperti Terry Jones itu sudah pasti akan membolehkan Kerajaan mengambil tindakan menahan beliau demi keselamatan negara.

Saya juga hairan sehingga kini tiada sebarang komen atau tindakan samada daripada Majlis Gereja Malaysia, Majlis Perunding Agama-Agama Bukan Islam, Majlis Peguam, DAP dan lain-lain. Selalunya mereka cepat membuat kenyataan mengutuk sana-sini, tambah kalau yang membuat kenyataan itu orang Islam/ Melayu, ataupun menyentuh hak Islam/ Melayu!

Sejarah membuktikan bahawa orang kafir ini apabila menyentuh perkara atau isu mengenai Islam, mereka akan bertindak secara zalim dan diluar batasan kemanusiaan. Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Iraq & Afghanistan. Kita masih ingat sejarah penyembelihan umat Islam Bosnia. Kita tidak lupa pembunuhan umat Islam di Granada, Sepanyol. Masih segar dalam ingatan kita penghapusan umat Islam di Jerusalem, Chechen, Kashmir, Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan didepan mata kita umat Islam Falastin. Bukan sahaja pembunuhan dan penyembelihan, malah wanita Islam dirogol secara genocide, masjid dibakar dan diruntuh, Al Quran dibakar dan ada yang dikencing dan dibuang dalam tandas!!

Dan cuba lihat sejarah Islam. Tidak ada langsung catatan menyebut tentang kezaliman umat Islam terhadap penganut agama lain. Malah apabila Saidina 'Umar membuka Baitul Maqdis, bukan sahaja gereja dan synagogue dipelihara, beliau enggan bersolat didalamnya kerana khuatir akan menjejaskan rumah ibadah mereka. Akhlak yang sama ditunjuk oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi semasa membebaskan Al Aqsa. Dan dimana sahaja negara umat Islam memerintah, hak dan amalan kumpulan minoriti dari agama lain dijaga dan dipelihara. Tetapi kalau umat islam menjadi minoriti, tunggulah penyembelihan, pembunuhan, perakusan, perogolan, penganiayaan dan macam-macam lagi tindakan tidak bertamaddun yang akan dilakukan.

Sebab itu saya menyeru umat Islam, dimana sahaja kita berada, bersatulah kita dibawah tali ALLAH, berpegang kepada Al Quran & Sunnah. Siapa sahaja yang menyebut kalimah toyyibah La ila haillallah, mereka adalah saudara kita. Jangalah kita terjebak kepada apa yang telah Nabi saw sabdakan, "diakhir zaman nanti kamu hanya saperti buih yang langsung tidak punya sebarang harga, kerana ramai kamu tetapi boleh diratah oleh kafir yang bersatu. Ini berlaku kerana kamu tidak boleh nak bersatu dibawah Al Quran. Maka dicabut perasaan takut musuh kepada kamu, dan dicampak perasaanwahan kepada kamu, iaitu terlalu cintakan dunia dan takut mati!!".

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Satu, kepada ALLAH kita ikhlas memperhambakan diri, walau kafir, musyrik dan munafik tidak menyukainya. Kerana ALLAH itu benar, dan ALLAH akan membantu kita dengan mengalahkan musuh Islam, dan meletakkan mereka dibawah tapak kaki kita".
Itulah maksud takbir raya yang akan kita kumandangkan dalam masa 4-5 jam lagi. Hayatilah maksud takbir tersebut. Insaflah wahai umat Islam. Sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat untuk mendapat bantua ALLAH, maka ALLAH tidak akan memberikan narullah kepada kita. Dan syarat mendapat nasrullah & bantuan ALLAH ini ialah dengan kita kembali menjalani kehidupan benar-benar menurut Al Quran, mengimaninya, membacanya, mengamal & melaksanakannya, serta menyebar dan menyampaikannya keseluruh pelusuk kemanusiaan.

Jika tidak, ingatlah janji ALLAH, kita akan dihina dimana juga kita berada. Dan terbukti didepan mata kita, apabila sebuah gereja kecil hendaka membakar Al Quran, kita tidak mampu berbuat apa-apa! Apabila ada paderi peliwat & homoseks membuka gereja didalam negara kita, juga kita hanya sekadar boleh ttengok dan menggeleng kepala. Kita sebenarnya telah muncul menjadi umat yang dayus, lemah lagi hina, Dan itu semua kerana kesalahan kita sendiri!!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
30 Ramadhan 1431
09 Sept 2010

*Gambar atas: Father Terry Jones la'natullah, Paderi Gereja Dove World Outreach Center di Florida yang hanya mempunyai pengikut tidak sampai 50 orang pun!

*Gambar 2 menunjukkan sebuah masjid yang pernah dibakar di United Kingdom;

*Gambar 3 menunjukkan sebuah masjid yang dibom dan dimusnahkan di Bosnia;

*Gambar 4 menunjukkan naskhah Al Quran yang dibakar di Iraq

Thursday, September 9, 2010

TALQIN BUAT ZAID!!

source:zul4kulim.blogspot.com

TALQIN BUAT ZAID!!

Salam 2 all.

Zaid Ibrahim hari ini membuat kenyataan terbuka kekecewaan beliau dengan politiking melampau didalam PKR. Beliau mendakwa ada kemungkinan beliau akan "dikuburkan saperti Pak Gafar Baba"! Bak kata beliau, "12 bulan lepas saya di arak macam hero, hari ini saya dituduh sebagai pengacau!!" (sila baca lapuran penuh kenyataan beliau dibawah).

Dan semua itu kerana Zaid mengumumkan niat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dan saya cukup yakin dengan pengumuman itu, mereka sudah mula membaca talqin buat Zaid!

Saya tidak mahu komen panjang. Pertama Zaid perlu ingat apa yang dia sendiri lakukan semasa konspirasi nak memecat saya dari menjadi Ahli Parlimen PKR tidak lama dahulu.

Dan apabila saya menuntut Jawatankuasa Disiplin yang hendak membicarakan saya hendaklah terdiri dari ahli yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, Zaid langsung tidak membuat pendirian apa-apa. Sebaliknya PKR membariskan panel yang majoritinya bukan Islam (dua aktivis Kristian & seorang Hindu) untuk membicarakan saya. Apabila saya enggan mengiktiraf panel tersebut, saya dipecat atas alasan ingkar dan enggan mengiktiraf panel tersebut. Dimana Zaid pada masa itu?!

Saya berharap Zaid akan dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa budaya politiking kotor dan jijik yang didakwa dilakukan oleh UMNO/BN sebenarnya subur mekar didalam PKR. Kerana kebanyakan mereka sebenarnya adalah "ketul-ketul shit" yang ditendang daripada jamban UMNO (meminjam kata-kata Pak Shahnon Ahmad didalam buku "SHIT"). Zaid kena ingat, bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO pun dia kalah, inikan nak bertanding jawatan dalam parti yang UMNO pun tak mau!!

Saya cadangkan kepada Zaid kalau benar beliau mahu lakukan perubahan, sertai PAS. Saya cukup yakin PAS boleh menerima orang saperti Zaid. Kerana sejarah membuktikan Rasulullah saw sendiri pernah menerima orang saperti Saidina 'Umar r.a, Saidina Amr bin Asr r.a, Saidina Ikrimah Abu Jahal r.a dan lain-lain. Zaid perlu sedar bahawa PAS adalah parti yang benar-benar ikhlas mahu melakukan perubahan kearah kebaikan, iaitu kearah Islam.

Cuma segelintir dikalangan mereka berada dalam sedikit kekeliruan sekarang kerana terpengaruh dengan dakyah golongan Anwarinas dan yang sewaktu dengannya yang berkiblatkan orang lain sebagai pemimpin dengan gendang palsu ke Putrajaya. Orang saperti Zaid boleh menyedarkan PAS daripada "mimpi indah" mereka dalam persekongkolan dengan PR. Orang saperti Zaid boleh menceritakan kepada PAS tangan kotor mana yang "menguburkan Pak Gafar Baba", sebagaimana mereka sekarang cuba "menguburkan" Zaid!!

Sekiranya Zaid mahu kembali kepada perjuangan Islam yang sebenarnya, dan berubah menjadi seorang pejuang Islam, saya yakin Zaid boleh menjadi saperti Saidina 'Umar r.a atau Saidina Ikrimah r.a kepada perjuangan Rasulullah.

Semoga Zaid bertemu jalan kembali kepada perjuangan Islam. Dan kepada para ulama' dan pendakwah didalam PAS, cubalah jinak-jinakkan Zaid kepada perjuangan Islam sebenarnya. Tinggalkanlah persekongkolan dengan para kafir harbi yang akan merosakkan PAS kepada perjuangan Islam yang hakiki.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010

*********************************************

MALAYSIAKINI.COM

Saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?
06 Sept 210 7.10am

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".

Dalam satu kenyataannya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini". "Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Zaid yang mengumumkan semalam hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bimbang selepas pemilihan parti nanti, beliau akan ditimpa nasib seperti yang dialami Tun Ghafar Baba pada 1993.
"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.
Katanya, jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu (Datuk Seri)Anwar Ibrahim.
"Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi timbalan perdana menteri waktu itu.
"Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk," tegas Zaid.
Berikutan adalah kenyataan penuh Zaid: Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Kesetiaan saya juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan. Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah. Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali. Saya dengar Presiden Wan Azizah juga akan diminta berundur. Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya. Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu. Saya akan huraikan semasa berkempen nanti. Memang saya tidak setia membuta tuli. Saya menganggotai sebuah organsasi politik yang demokratik, sebuah parti yang terbuka untuk dikritik; bukan sebuah “cult organsation” yang sentiasa mendewakan pemimpin agung mereka. Saya sokong pemimpin yang benar dan bijak, dan saya sanggah pemimpin yang berpura-pura. Kalaulah ini bererti saya tidak setia saya rela dihukum oleh ahli-ahli nanti.

Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk. Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah.

Sunday, September 5, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120). 


 source: http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html

Wednesday, September 1, 2010

Luasnya NERAKA...

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

p/s : Kepada saudara/saudari yg alim dalam ilmu agama, sekiranya ada kelemahan dalam artikel ini sila beritahu. mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.

Rujukan: SYARH DAQOIQUL AKHBAR

19 Kebaikan Wanita

by Kempen Aurat Saya Maruah Saya! on Monday, 30 August 2010 at 13:12
Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.