Saturday, July 31, 2010

FAM perlukan PERUBAHAN...

Hanya terbaik
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/07/31

Presiden FAM gesa delegasi tidak buat pilihan berdasar kenegerian

TUMPUAN terarah kepada perwakilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila mereka berhimpun untuk memilih apakah corak hala tuju bola sepak negara bagi tempoh empat tahun akan datang.
Lebih penting, dalam kongres kali ke-47 ini juga, 38 delegasi daripada 19 ahli gabungan yang berkumpul di Glenmarie, Shah Alam, bertanggungjawab untuk menentukan barisan anggota majlis eksekutif yang bakal membuat segala dasar penting bagi penggal 2010-2013 nanti.
Ketika majlis ketika ini dilihat kehilangan taring berikutan pengaruh sesetengah individu yang bertindak bagai perancang polisi dan pembuat keputusan dengan membelakangkan majlis, masanya sudah tiba buat Presiden, Sultan Ahmad Shah dan 14 wakil lain menyatakan pendirian teguh menghentikan amalan pemusatan kuasa pihak terbabit.

Kongres kali ini juga dianggap penting dalam sejarah FAM kerana ia kali pertama dilaksanakan berasaskan perlembagaan baru FAM yang sejajar dengan statut Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Badan bola sepak dunia itu kini menetapkan hanya jawatankuasa eksekutif yang berhak merancang dan memutuskan semua polisi badan induk manakala sebarang campur tangan dari pihak luar akan menjurus kepada tindakan penggantungan oleh FIFA.

Jawatankuasa eksekutif yang terdiri daripada presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan ahli eksekutif yang dipilih kali ini seharusnya mereka yang berkelayakan, bukan dipilih atas semangat kenegerian semata-mata, seperti peringatan yang disampaikan Tuanku pada mesyuarat majlis terakhir, 18 Julai lalu.
“Seiring dengan konsep 1Malaysia, saya juga ingin melihat exco FAM pada penggal akan datang ini tidak didominasi satu atau dua persatuan saja.

Berasaskan senarai calon yang bakal bertanding, saya mendapati ada satu atau dua persatuan yang bertanding untuk merebut semua peringkat jawatan, dari timbalan presiden, naib presiden dan ahli exco,” titah Sultan Ahmad Shah ketika itu.

Mesejnya cukup jelas dan harus menjadi bekalan kukuh buat perwakilan untuk memadam desakan, pujukan atau janji manis yang ditabur, kerana mereka perlu sedar segala keputusan hari ini akan menentukan sama ada bola sepak negara terus memenuhi potensinya, menjadi statik atau kembali merudum.

PEMILIHAN KONGRES FAM KE-47

Presiden: Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden (2 jawatan):

Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Datuk Che Mat Jusoh
Tan Sri Annuar Musa
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

Naib Presiden (4 jawatan):

Datuk Afandi Hamzah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Datuk S Subramaniam
Datuk Hamidin Mohd Amin
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
Datuk Subahan Kamal
Datuk Lawrence Gimbang

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (8 jawatan):

Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim
Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman
Datuk Hamdan Mohamed Khalib
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Jeferey Low Han Chau
Datuk Astaman Abdul Aziz
Datuk Ibrahim Shamsuddin
Datuk Osman Salleh
Datuk Soh Chin Aun
Rosmadi Ismail
Mejar Rani Abdul Rahim
Wan Mohd Nizam Wan Omar
S Sivasundram

Sumber:-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hanyaterbaik/Article
 

Friday, July 30, 2010

Jangan ditiup API Perkauman...


Read it first..then think what should we act…

 

29 July 2010

HARAMKAN DAP!


Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling
malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.


Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!


Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.


Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!


Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.


Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!


Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.


Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.


Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!


Wassalam.



Komen Topengperak

 

Saya betul-betul tertarik dengan kata-kata YB, kenapa saya suka mengambil petikan dari blog beliau kerana beliau bersifat NEUTRAL dalam menyeimbangkan suasana politik di MALAYSIA..

Saya bersetuju benar dengan kata-kata beliau, kita patut HARAMKAN DAP kerana sejak kebelakangan ini, tindakan pemimpin-pemimpin parti ini telah boleh dikatakan sebagai MELAMPAU kerana mempertikaikan segala yang termaktub dalam Perlembagaan, Mencabar Institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH, isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa dan lain-lain. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu.

 

Mereka mendakwa orang Melayu rasis sebaliknya mereka ini jauh lebih rasis daripada orang melayu. Kita tidak perlukan parti seperti ini kerana ini akan memporak-perandakan KEHARMONIAN Malaysia yang telah kita bina selama ini. Mereka juga perlu ingat sejarah peristiwa BERDARAH yang pernah berlaku pada 13 MEI 1969, bukan mudah untuk mendapatkan KEHARMONIAN dan KEAMANAN seperti ini.


Kepada pemimpin2 melayu dan orang2 melayu, perkara ini sudah terang lagi bersuluh, mengapa harus kita korbankan segala keistimewaan kita sebagai orang melayu kepada ‘mereka’. Sedangkan kita telah banyak berkorban untuk ‘mereka’ selama ini sehinggakan ada di antara mereka sudah kaya raya, hidup senang, mendapat segala-gala yang diperlukan dari segi ekonomi, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Perlu difahamkan bahawa HAK tetap HAK. 'Mereka' harus MEGHORMATI apa yang telah dipersetujui didalam Perlembagaan sejak sekian lama BUKAN MEMPERTIKAINYA.

Sekian Wasalam..

Thursday, July 29, 2010

Belajarlah Dari Sejarah...

Nukilan ini dipetik dr blog http://zul4kulim.blogspot.com/2010/07/iktibar.html

Renung-renungkan..

25 July 2010 

IKTIBAR

Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda akan datang suatu masa kelak "kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasiq, dan kamu meninggalkan jihad". Para sahabat bertanya, "mengapa begitu ya Rasulullah?"

Baginda tidak menjawab, sebaliknya menyatakan, "bahkan lebih teruk daripada itu akan berlaku". "Kamu akan melihat umat Islam meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar!". "Apakah akan terjadi begitu ya Rasulullah?". Baginda menambah, "bahkan lebih teruk daripada itu, kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi mungkar, dan yang mungkar menjadi ma'ruf!". "Begitu sekali ya Rasulullah?" Sahabat bertanya terkejut. "Bahkan, malahan lebih teruk daripada itu akan berlaku, kamu akan disuruh membuat yang mungkar, dan kamu ditegah daripada membuat yang ma'ruf".

Apa yang faham daripada hadis yang panjang ini ialah pada satu hari nanti umat Islam akan disuruh melakukan sesuatu yang ditegah Al Quran/Sunnah, dan kita akan disuruh melaksanakan sesuatu yang tidak menurut Al Quran/ Sunnah!! Nakuzubillah min zalik.

Saya teringatkan hadis tersebut, yang pernah dibaca oleh seorang ustadz dalam satu munaqasyah, apabila mengenangkan kita umat Islam yang tak habis-habis dirundung perpecahan. Dan yang paling teruk, kita sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan satu sama lain.

Kita lupa kepada sejarah. Itulah punca kejatuhan Kerajaan Khilafah Usmaniah, apabila sekumpulan badwi padang pasir yang kononnya mahu menumbangkan Kerajaan Khilafah Usmaniah yang didakwa zalim, rasuah dan banyak melakulan mungkar, sanggup bersekongkol dengan kafir harbi Eropah, terutamanya dari Britain. Akhirnya runtuhlah Kerajaan Khilafah Usmaniah yang berpusat di Istanbul. Peristiwa yang di abadikan dalam filem "Lawrence of Arabia" itu sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita, tetapi rupanya umat Islam akhir zaman ini memang umat yang mudah lupa pada sejarah.

Akhirnya yang tewas dan hina ialah Islam dan umatnya sendiri. Lihatlah Islam di Turki, lihatlah umat Islam di Iraq, Afghanistan,

Hari ini kesilapan yang sama sedang kita lakukan. Samada di Mesir, Afghanistan, Kuwait, Iraq, Pakistan dan lain-lain, termasuklah di Malaysia. Umat Islam berpecah dan sanggup bersekongkol dengan kafir harbi demi memuaskan nafsu serakah mereka untuk menumbangkan saudaranya sendiri. Dan sebagaimana yang dilakukan oleh badwi padang pasir di Hijjaz tahun 1940an, begitulah yang kita juga buat ditanah air sendiri.

Atas sebab itulah saya sangat sedih melihat Dr. Hassan Ali terpaksa memberi penjelasan mengapa beliau pergi berjumpa dengan Sahibus Samahah Tan Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak. Beliau pergi dengan baik demi mencari jalan penyelesaian kepada kemelut perpecahan yang dihadapi umat Islam. Dan sebagai Mufti Tan Sri Harussani bersangka baik dan memberi cadangan untuk jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dikemukakan.

Dan mereka bertemu, berbincang dan bermuzakarah sesuai dengan seruan ALLAH didalam Surah Ali Imran ayat 103. Dan itulah peringatan Rasulullah sebelum wafat Baginda tentang keadaan umat Islam yang akan berpecah.

Tetapi apa yang mereka dapat. Maki hamun, caci maki, dilabel dengan pelbagai penghinaan dan macam-macam lagi ke'aiban. Apa yang mereka cuba buat itu suatu perkara ma'ruf, tetapi itu menjadi kebencian kepada segelintir umat Islam. Mereka lebih suka tidur sebantal dengan kafir harbi, kafir yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Sedangkan bersekongkol dengan kafir harbi itu suatu kemungkaran. Maka benarlah rupanya sabda Rasulullah saperti yang disebut dalam muqaddimah diatas tadi.

Pada saya, umat Islam kesemuanya harus bersatu. Tetapi bukan bersatu dari segi kepartian. Saya sendiri tidak bersetuju umat Islam hanya punya satu sahaja parti politik. Eloklah kita punya parti politik di pihak pemerintah, dan dipihak pembangkang. Kerana ada perkara yang pemerintah tidak boleh buat tetapi peranannya boleh dimainkan oleh parti pembangkang. Inilah yang dilakukan oleh pihak bukan Islam. Apa yang MCA/ Gerakan tidak boleh buat, maka DAP akan memainkan peranannya, asalkan menguntungkan kaum Cina. Begitu juga apa yang MIC atau PPP tidak boleh laksanakan, maka PKR akan memainkan peranan asalkan menguntungkan kaum India. Sepatutnya umat Islam berbuat perkara yang sama. Tetapi malangnya bagi umat Islam ia tidak menjadi begitu. Kita berpecah sehingga "berbunuh-bunuhan"!! Langsung tidak menguntungkan umat Islam. Dan bangsa lain tertawa melihat kita!

Tetapi pada saya, umat Islam sepatutnya bersatu dari segi isu. Kita boleh menjadi parti pemerintah ataupun pembangkang. Kita boleh berselisih dan bertikai dalam apa juga isu. Tetapi dalam isu membabitkan Islam dan umat Islam, kita wajib bersatu. Samada dalam isu murtad, isu perlaksanaan syariat, isu hukum-hakam, isu perunndangan dan kehakiman, isu muamalat, munakahat, isu halal haram dan banyal lagi isu menyentuh Islam dan umat Islam. Kalau timbul sesuatu isu, sepatutnya kita duduk bersama dengan para mufti dan ulama' dan berbincang untuk mencari kata sepakat. Kalau ada perbezaan hendaklah cuba diselesaikan didalam muzakarah. Dan apabila mengambil pendirian, hendaklah ianya atas satu suara satu pendapat. Kerana Tuhan kita satu, Nabi kita satu, kitab kita satu. Pasti kita boleh mengambil satu pendirian. Asalkan ianya berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Sekiranya kita boleh berbuat sedemikian, saya cukup yakin kaum lain akan menghormati dan gerun kepada kita. Bukan kerana kepandaian atau kehebatan kita, tetapi kerana apabila kita tunduk kepada perintah ALLAH, maka ALLAH akan menundukkan musuh Islam kepada kita.

Semoga kita umat Islam akan kembali kepada Al Quran dan Sunnah, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, dan menghidupkan semula semangat jihad di jalan ALLAH.

Ini adalah pendapat saya sendiri. Sekiranya pandangan saya ini bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah, maka terbatallah pendapat saya ini, sebaliknya ikutilah Al Quran dan Sunnah itu. Yang baik dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita semua.

Wassalam.

Isnin
14 Sya'ban 1431
26 Julai 2010

HAPUS DISKAUN BUMIPUTERA???


APA???!!!...what the duck??!!...Mengapa sampai jd begini YB Khalid???..terlepas cakap ka YB???... jangan demi kepentingan sendiri nasib BANGSA SENDIRI dikorbankan. Kepada YB Tony Pua kenapa perlu ada alasan “menghapus diskaun itu akan memajukan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelaburan???!!”..sedangkan selama ini diskaun itu ada dan ia telah memacu ekonomi kita dan MALAYSIA tetap maju dan ada pelbagai pelabur melabur.

Inikah yang dikatakan menuntuk HAK KEADILAN RAKYAT!!!!.. Sepatutnya  YB Khalid kena tahu bezakan apa itu HAK dan apa itu KEADILAN, bukannya mengambil tindakan cuma untuk kelangsungan kepentingan politik parti beliau tanpa menghiraukan hati-hati orang melayu. Bangsa lain juga perlulah MENGAKUI dan MENGHORMATI HAK orang Melayu sebagai penduduk asal tanah melayu tanpa MEMPERSOALKAN dan MENUNTUT HAK SAMA RATA kerana ini akan membangkitkan kemarahan semua orang melayu. Setakat hari ini aku tak nampak pula apa-apa berita atau pun ulasan mengenai perkara ini dalam HARAKAH, MALAYSIAKINI, MALAYSIATODAY dan SUARA KEADILAN. Mana suara-suara orang melayu pembangkang dalam PAS dan PKR???!!!...Mengapa tidak membantah cadangan itu??...itu HAK kita!!!...Mengapa DIAM !!!!...

Berita Lanjut:-

p/s:  
Wahai orang-orang Melayu yang beragama Islam, marilah kita BERSATU.

Wednesday, July 28, 2010

LIM TEE PUU

Petikan ini diambil dari blog YB Zulkifli B Nordin http://zul4kulim.blogspot.com/ , ia sekaligus menolak dan bercanggah dengan apa yang dicakap oleh beliau kepada kita..bak kata pepatah...CAKAP TAK SERUPA BIKIN....renung-renungkan la wahai saudara-saudara Islam....

LIM TEE POOH

Salam 2 all.

Guan Eng dakwa kononnya antara kesalahan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Sdr. Nik Ali ialah tidak menyediakan beliau kerusi dan tempat duduk semasa program pelancaran Kereta-api Bukit Bendera. Maka pelbagai fitnah dan tohmah dikenakan kepada seorang pegawai beragama Islam yang cuba melaksanakan tugasnya dengan baik.

Tapi cuba lihat gambar-gambar diatas. Bukan sahaja kerusi empuk warna kuning disediakan, malahan Guan Eng dilayan dengan begitu baik dan didudukkan sebelah dengan Menteri Kerajaan Persekutuan iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tak cukup dengan itu, Guan Eng turut dipentaskan bersama dengan Menteri Kerajaan Persekutuan Dato' Seri Ng Yen Yen dalam satu majlis rasmi!!

Kata omputeh, "a picture speak a thousand words"!! Siapa yang menipu sebenarnya. Dan kepada mereka yang menyokong cauvinis ini secara mengkhinzir buta, sehingga tergamak menghina Islam dengan menyamakannya dengan Khulafa Rasyidin 'Umar 'Abdul Aziz, buka lah mata, tepuklah dada, tanyalah iman.

Dan saya mula tertanya-tanya, apakah pegawai-pegawai beragama Islam yang berkhidmat dibawah perkhidmatan negeri Pulau Pinang mengalami nasib yang sama. Saya tidak lupa kata Guan Eng, kalau Nik Ali duduk dibawah Kerajaan Negeri dah lama beliau dipecat!!

Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!!

Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali pemerintahan khalifah Islam yang bertunjangkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan istiqomah untuk kembali kepada pemerintahan khilafah Islamiyyah yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Sya'ban 1431
24 Julai 2010

politik..oh politik..


Hari ni aku terbaca satu blog http://perisik-rakyat.com/ mengenai politik dinegara kita…so read it first…

 

Sunday, July 25, 2010

Hikayat Satu Kosong Kosong Satu...

Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam..?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.

Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar.

Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru.

Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak.

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini:

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!!

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan
Belajar kitab pun Umno tak mahu

Komen :

Apa yang disuarakan oleh beliau itu ada betulnya…kalau dulu memang betul UMNO memperjuangkan untuk Melayu dan bangsa-bangsa lain dalam BN. Setelah lama memerintah maka mereka merasakan ‘kuasa’ seolah-olah berada ditangan mereka tanpa menghiraukan hati-hati dan perasaan-perasaan rakyat, ‘kuasa’ ini pula dirasakan oleh bangsa-bangsa lain terlalu didominasi oleh UMNO. Dengan ini, maka mereka dengan sewenang-wenangnya membolot segala ‘hasil bumi Malaysia’ sehingga banyak gejala rasuah, kroni, dan macam-macam lagi sehinggakan parti-parti pembangkang DAP, PAS dan KeADILan yang menyalahkan UMNO bukan BN. Ironinya, ia mendatangkan kesan kepada pemimpinan kerajaan BN dengan jatuhnya beberapa negeri ke dalam tangan pembangkang pada Pilihanraya ke-12 yang lepas.

Saya sebagai rakyat Malaysia tertanya-tanya???..Adakah begitu teruk UMNO??...Betul ke UMNO membela nasib melayu??...Betul ke UMNO hanya membela nasib Melayu sehinggakan membiarkan nasib kaum lain??...mengapa pembangkang hanya salahkan UMNO bukan BN??..
Bagus sangat ke Pembangkang??...Adakah jika pembangkang menjadi kerajaan ia akan lebih elok??...atau lebih teruk??...

Ada yang meramalkan Pilihanraya ke-13 akan merubah segala-galanya...persoalannya??..
Mampukah PR memerintah??..sedangkan PAS, DAP, dan Keadilan masing-masing mempunyai ideologi dan visi tersendiri?..
Mampukah BN mepertahankannya??..adakah perubahan dalam yang dilakukan UMNO berkesan? Sedangkan parti komponen MIC dan MCA mempunyai masalah dalaman??...

Rakyat sahaja yang berhak menentukannya...jadi kepada siapa-siapa yang belum mendaftar mengundi...maka cepat-cepat la daftar....KITA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN..



Tuesday, July 27, 2010

Pilihlah Parti Untuk Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Pesanan Dato' Dr Haron Din pada kita ini berdasarkan kepada soalan daripada seorang pensyarah kepada beliau. Oleh itu, sama-sama lah kita menghayati dan memikirkan yang terbaik untuk kebahagian dunia dan akhirat. Insyaallah [Sumber : Harakah, http://kuliah-dato-haron-din.blogspot.com/]


Soalan:
Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN? - Pensyarah Muda, Kuala Lumpur

Jawapan:
Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak. Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita. Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular. Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan. Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik. Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik. Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT. Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional. Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance). Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya. Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional. Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur.Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian). Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam. Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.
Firman Allah (mafhumNya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum:30)
Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional. Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia. Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur. Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924. Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buah negara sahaja. Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan.
Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumNya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah:3)
Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam. Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah. Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah. Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat semata-mata.
Wassalam
“ISLAM is the way of life”

Monday, July 26, 2010

Kehebatan Atom Petanda Kekuasaan Tuhan

Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.

Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.

Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap  satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.

Susunan Pada Setiap Atom

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan  yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan   yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom

Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.

Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.

Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

Pengekalan Tenaga Dalam Nukleus

Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

Semasa eksperimen–eksperimen awal teknik  pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.

Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?

Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.

Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom  tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

Tenaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran

Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa  maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup  pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’.  Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron.  Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.

Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada  pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.
[sumber:~http://us1.harunyahya.com/Detail/T/RYUI2FVL184/productId/22539]

Sunday, July 25, 2010

-Chechnya-Penindasan Yang Disembunyikan Dari Mata Orang Islam

Bismillahirahmannirahim........
Assalamualaikum...........

Rasulullah Bersabda

"Barangsiapa yang tidak mahu ambil tahu @ prihatin akan urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari sahabat Nu’man bin Basyir radhiallahu ‘anhu ia menuturkan: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Perumpamaan kecintaan, kasih sayang, dan bahu-membahu kaum mukminin bak satu tubuh, bila ada anggota tubuh itu yang menderita, niscaya anggota tubuh lainnya akan sama-sama merasakan susah tidur dan demam.” (Hadits Riwayat Muslim)


Janganlah Mengaku Islam Jika Tiada Belas Kasihan,Sifat Mengambil Tahu Dan Berani Membela Saudara2 Kita Yang Seakidah Ditindas Dan Dihina Didalam Diri Kita Ini........


Semoga Kita Tergolong Didalam Golongan2 Orang Yang Rindukan Mati Syahid Dijalan Allah....

Amin Ya Rabbal Alamin.....
InsyaAllah...
Penangkapan Dan Pembunuhan Ke Atas Pejuang2 Islam Di Atas Muka Bumi Ini...Tidak Akan Mengurangkan/Menakutkan Bahkan Setiap Tangkapan Dan Pembunuhan Akan Lahir Seribu Lagi Yang Bersiap Sedia Untuk Syahid Demi Agama Islam....
Amin Ya Rabbal Alamin....




Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet kira-kira sedekad yang lalu, zaman kepayahan masih dirasakan oleh banyak negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripadanya. Kesan dari polisi perluasan kuasa Rusia di Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Uz­be­kistan, Kyrgyztan dan Dagesten masih belum dapat dipadamkan. Negara-negara ini, yang percaya bahawa mereka mampu membina keamanan dan memupuk persaudaraan selepas bebas daripada penindasan rejim Soviet, kemu­diannya mendapati mereka terpaksa ber­konfrontasi dengan penindasan Rusia dalam bentuk yang agak berlainan sedikit. Sebaliknya, ada juga satu bangsa yang masih belum bebas daripada perjuangan 400 tahun untuk men­dapatkan kemerdekaan daripada Rusia. Negara itu ialah Chechnya, yang mana keberanian dan hasrat mereka untuk mendapatkan ke­merde­ka­an telah tercatat di dalam sejarah.


Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­per­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.


Pasukan tentera Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859. Namun demikian pada akhirnya, Rusia berjaya menawan wilayah tersebut dan terus berada di situ sehingga hari ini. Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil.


(Dalam 30 tahun perang Kaukasia, tidak seorang pun yang berjaya ditangkap hidup-hidup)

(Sejarah Penentangan Oleh Imam Syamil Boleh Dibaca Didalam Link Dibawah)

http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/imam-syamil.html


Bagaimanakah Situasi Semasa Tercetus?


Ada berbagai-bagai sebab, faktor-faktor sejarah dan ekonomi tertentu, yang terselindung di sebalik penindasan kejam dan keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Chechen oleh pihak Rusia. Chechnya sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada Rusia berbanding republik-republik Caucasian yang lain. Wilayah ini mengandungi simpanan tenaga yang sangat banyak, terutamanya minyak dan gas asli. Semasa Perang Dingin, pihak Komunis Rusia mendapatkan segala keperluan bahan mentahnya dengan harga yang begitu murah daripada Chechnya, dan juga turut menggunakan negara tersebut untuk kepentingannya sendiri. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun, deklarasi kemerdekaan yang dituntut oleh Chechnya - sumber bahan mentah terbesar - dan juga bekas-bekas republik Soviet yang lain telah meletakkan Rusia di dalam ke­bimbangan.


Di samping faktor ekonomi, polisi perluasan kuasa Rusia yang berabad-abad lamanya menjadi faktor sejarah yang membawa kepada huru-hara yang baru-baru ini berlaku di Asia Tengah dan Caucasus. Selepas Kesatuan Soviet tumbang, Moscow mengalami waktu-waktu yang tidak stabil, tetapi kemudian cuba keluar dari situasi tersebut, dan mengambil inisiatif-inisiatif jangka panjang untuk mewujudkan semula penguasaan ke atas republik-republiknya yang dahulu. Tanda pertama yang membuktikan apa yang sedang Rusia lakukan ke atas republik-republik ini telah disampaikan di dalam satu ucapan oleh Presiden Boris Yeltsin pada tahun 1993. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Rusia akan sekali lagi memenangi status kuasa super dengan mendapatkan semula semua kedudukan-kedudukan yang telah hilang.6 Dengan kata lain, Rusia enggan menerima sebarang deklarasi kemerdekaan negara-negara tersebut, kemenangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, dan kebolehan mereka untuk berdiri di atas kedua-dua kaki sendiri. Sebaliknya, Rusia melihat negara-negara tersebut sebagai "kedudukan yang mesti dirampas kembali."


Kesannya, wujud sesetengah komuniti umat Islam yang masih gagal mendapatkan kebebasan dan terus berada di bawah persekutuan Rusia. Salah satu daripadanya ialah Chechnya, yang telah menjadi sasaran utama tekanan, dan dengan sebab itu ia berhadapan dengan pelbagai jenis kekejaman yang maha dahsyat.


Untuk memahami dengan tepat apa yang sedang berlaku di Chechnya kini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara penting. Peperangan yang tercetus di Chechnya bukanlah konflik yang mana kedua-dua pihak mengangkat senjata kerana konflik yang berlaku di antara mereka sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh diselesaikan dengan jalan damai lagi, iaitu jenis perang yang boleh dijumpai di mana-mana sahaja di dunia ini. Keadilan yang dituntut oleh orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan telah diperdebatkan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, dan pelbagai pendapat telah diajukan. Kesemua pendapat-pendapat tersebut boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun perkara yang kesemua pihak bersetuju ialah Rusia telah melampaui batas dan menyerang penduduk yang tidak bersalah, menukarkan peperangan yang pada mulanya hanya melibatkan askar kepada usaha untuk menghapuskan seluruh populasi Chechnya. Hal ini tidak dapat diterima, dan ia akan menjadi pokok perbincangan penting di dalam bab ini.

Tentera Sheikh Shamil telah menentang askar-askar Rusia dan menjadi nenek-moyang kebangkitan pejuang Chechen pada hari ini.


Dalam usaha Rusia untuk memperlihatkan dirinya berada di pihak yang benar di persada arena antarabangsa, Rusia memberitahu bahawa perang yang berlaku di Chechnya hanyalah satu "perkara domestik", dengan harapan ia akan menutup mata masyarakat terhadap keganasan yang berlaku di sana. Namun, alasan itu tidak mencukupi untuk menerangkan tentang perihal pemuda-pemuda Chechen yang dikumpul di jalanan dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat seksaan, mereka yang dipenjara diikat kakinya pada kereta kebal dan seterusnya diseret, bayi-bayi yang masih kecil ditembak dan harta penduduk dirompak. Ramai ahli sains falsafah dan pakar-pakar yang bersetuju bahawa Rusia terlibat melakukan genocide di wilayah tersebut dan melakukan kekejaman yang jarang dilihat sebelum ini, kesemuanya dilakukan untuk memastikan Chechnya terus berada di dalam genggamannya.


Sebaliknya, serangan-serangan yang dilakukan oleh sesetengah golongan Chechen terhadap penduduk awam Rusia juga mesti dikecam dengan jelas. Orang-orang Chechen secara asasnya berjustifikasi mahukan sebuah kehidupan yang bebas dan mulia. Namun, tindakan-tindakan sedemikian telah menconteng arang terhadap kehendak yang telah dijustifikasikan dan seterusnya menyulitkan lagi usaha untuk membela tindak-tanduk orang-orang Chechen. Sebagai tambahan, haruslah diingat bahawa menyerang orang awam yang tidak bersalah adalah secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam. Sepanjang hidup Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa membela hak-hak orang awam, walaupun ketika pergaduhan yang dahsyat, dan mengarahkan semua umat Islam agar bersikap sederhana dan tidak fanatik. Inilah kehendak moral yang dituntut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran, Allah telah mengarahkan umat Islam agar bersikap pemaaf dan bertoleransi dan juga untuk bersikap adil, walaupun ketika peperangan. Seorang Muslim mesti menjadi orang pertama yang memberi makan kepada orang tawanannya walaupun dia sendiri sedang kelaparan, selalu bersifat sederhana walaupun di tengah-tengah peperangan, membela hak mereka yang ditindas dan tidak pernah terpesong dari jalan kejujuran dan keadilan. Atas sebab inilah, orang-orang Chechen mesti sentiasa ingat kepada peringatan Allah "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Maaidah, 5), walaupun ketika menentang penindasan Rusia, dan mesti tidak menjadikan orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata sebagai sasaran mereka.


Harapan kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan di antara orang-orang Chechen dan pentadbiran Rusia dengan berdasarkan cara yang aman dan sederhana, seperti juga yang akan dilakukan terhadap kes-kes lain yang berlaku di kawasan dunia Islam yang lain.


Kebimbangan Moscow Terhadap "Caucasus Bersatu"


Chechnya, yang telah menjadi agenda dunia sejak sedekad yang lalu, merupakan sebuah negara kecil yang berukuran kira-kira 16,000 kilometer persegi. Di dalam Persekutuan Rusia hari ini, ada 19 republik autonomi yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Chechnya. Republik-republik ini membentuk 28 peratus, dalam satu perempat, daripada keseluruhan wilaayah Rusia. Moscow masih memiliki pengaruh yang kuat ke atas republik-republik tersebut, dan sangat berharap agar pengaruh tersebut dapat kekal selama-lamanya. Kehilangan Chechnya akan memecahkan cengkaman kuasa Rusia terhadap republik-republik yang lain, dan seterusnya akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain untuk melakukan tindakan yang serupa. Jika orang-orang Chechen, yang banyaknya seperti kumpulan askar Rusia sahaja, berpisah dari Rusia, ini akan mencetuskan penubuhan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan di dalam republik-republik autonomi yang lain. Karekteristik paling jelas yang terdapat pada republik-republik di dalam Persekutuan Rusia ialah cara mereka mempengaruhi di antara satu sama lain dengan berkesan sekali, dan bagaimana sesuatu perubahan yang berlaku di dalam sesebuah republik dapat mempengaruhi yang lain.


Di samping semua ini, masih ada satu elemen yang menjadikan Chechnya begitu penting kepada Rusia. Ketakutan Moscow yang sebenar, seperti contoh di Bosnia dan Kosovo, ialah penubuhan dan perjuangan membela hak-hak umat Islam yang tinggal di dalamnya. Inilah sebab paling penting mengapa perang yang tidak ber­perikemanusiaan dilancarkan oleh pentadbiran Rusia terhadap Chechnya, yang mana mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menghapuskan identiti agama orang-orang Chechen, dan dengan itu mengenakan penindasan kejam ke atas mereka, memusnahkan masjid-masjid, mengharamkan ibadat kepada Allah, dan melarang pendidikan yang bersifat keagamaan.


Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus. Idea "Cacasus Bersatu" yang telah dicadangkan oleh Imam Mansur pada tahun 1780-an yang bertujuan untuk menyatukan seluruh Caucasus, benar-benar telah memberi amaran kepada Rusia. Ini kerana ciri utama penubuhan kesatuan tersebut ber sifat Islamik, dan ia memberikan ancaman getir terhadap segala kepentingan Rusia.


Ketakutan-ketakutan ini telah menimbulkan keinginan Rusia untuk melihat "Chechnya tanpa Chechen". Berdasarkan kepada polisi semasanya, Rusia mahu menghapuskan orang-orang Chechen sehingga ke akar umbi, menghalang sebarang penubuhan kesatuan Islam, dan mahu mengambil semula bekas-bekas tanah jajahan yang hilang ke pangkuan dominasinya semula. Sedangkan, walaupun "Caucasus Bersatu" ditubuhkan, ia tidak perlu dianggap sebagai satu per­kembangan anti-Rusia. Jika Rusia menjalinkan hubungan baik dengan umat Islam Caucasus, jadi tiada sebab bagi mereka, sama ada merdeka atau tidak, untuk menunjukkan sikap menentang terhadap Moscow.


Perjuangan Berterusan Orang-orang Chechen yang Tidak Bersenjata


Terdapat banyak contoh di dalam polisi-polisi Rusia yang lebih cenderung kepada keganasan berbanding keamanan. Rusia sudah menjalankan pelan-pelan sulitnya di Chechnya, terutama sekali pada permulaan 1990-an. Rusia berpendapat bahawa mereka tidak boleh menghapuskan orang-orang Chechen yang kesatuan mereka tidak mudah untuk dipecahkan, dengan menggunakan kuasa ketenteraan semata-mata. Jadi Rusia cuba melemahkan Chechnya dari dalam dan mencuba berbagai-bagai cara untuk melakukannya. Rusia memulakan langkah pertamanya dengan memusnahkan perpaduan mereka dan mencetuskan kekacauan di Chechnya dengan masuk campur di dalam pilihan raya, membeli ahli-ahli politik, melakukan penculikan dan tindakan-tindakan terorisme, menggunakan paderi-paderi pro-Rusia dan seterusnya mencetuskan perbezaan-perbezaan agama, termasuklah mengenakan tekanan ekonomi dan politik. Namun, segala usaha tersebut tidak mencapai apa yang di­harap­kan.


Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.(Al-Buruuj, 85:10)

Pada tahun 1990-an, Rusia telah berusaha untuk menjahanamkan Chechnya dari dalam. Apabila Rusia sedar bahawa mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah mewujudkan polisi yang zalim dan ganas. Cara-cara yang dilakukan tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dilakukan Stalin dan Lenin yang telah membunuh berjuta-juta manusia.


Pendudukan Rusia ke atas Chech­nya pada 1991 telah ditamatkan oleh Dzhokar Dudayev. Kemudian satu ke­kacauan serius pada bulan November 1994 bertukar menjadi sebuah pe­pe­rangan pada 11 Disember tahun yang sama. Lebih 100,000 orang-orang Che­chen hilang tempat tinggal, dan beratus-ratus ribu yang lain terpaksa menjadi pelarian. Penggunaan senjata kimia yang diharamkan telah membawa kepada genocide. Selain itu, oleh kerana Rusia sudah memberitahu bahawa Chechnya hanyalah satu "masalah dalaman", tiada sebarang reaksi serius dari dunia luar. Tiada bantuan yang dihulurkan kepada kepada orang-orang Chechen, melainkan beberapa negara-negara Eropah.
Umat2 Islam Diluar Sana Sedang Merayu....
Apakah Tindakan Kita Di Masa Ini ?
Jika Media Dengan Filem2 Yang Karut Marut
Jika Pemimpin Dengan Masalah Rasuah Dan Persepakatan Dengan Zionist...
Jika Ulama Dengan Saling Berdebat Antara Satu Sama Lain....
Jika Artis Yang Menjadi Idola Dengan Masalah Cerai Berai,Tidak Menutup Aurat.
Jika Rakyat Dengan Bisnes Duduk Diam Dapat Duit(MLM)
Dan Segelintir Lagi Sibuk Pula Buat Anak2 Luar Nikah...

Jadi Siapakah Yang Akan Bangkit Membela Mereka ?


Peperangan tersebut berakhir pada Ogos 1996 apabila Rusia mengakui kekalahannya. Kejayaan orang-orang Chechen ke atas Rusia telah memberi kesan mendalam kepada republik-republik yang lain di Caucasus. Pada tahun 1998, penduduk di utara Cacasus telah berhimpun dalam "Konvensyen Penduduk Cacasus Utara" di Grozny, ibu negara Chechnya. Kesemua negara-negara peserta bersetuju dengan posisi masing-masing untuk mengelakkan dari tercetusnya sebarang konflik yang mampu memecah-belahkan penduduk di utara Caucasus, dan saling memberi perlindungan di dalam serangan yang dilancarkan oleh Rusia. Kesatuan ini memberi mimpi ngeri kepada Rusia. Apa yang ditakuti selama ini telah menjadi kenyataan. Jika Rusia membenarkan ia berlaku, sebuah kesatuan Islam yang ditakuti akan muncul. Inilah sebabnya mengapa Rusia melakukan operasi keduanya untuk menentang Chechnya. Kali ini, cara yang lebih kejam dilakukan, dan siksaan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata di mata dunia. Namun atas sebab yang sama, kebuasan yang berlaku hanya dianggap sebagai "hubungan dalaman" Rusia.


Peperangan kedua sebenar yang berlaku di antara orang-orang Chechen dan Rusia bermula apabila Rusia mengepung dan mengebom beberapa perkampungan di Dagestan pada awal 1999. Lebih kurang 1,500 penduduk di perkampungan tersebut meminta bantuan daripada Chechnya, yang mana mereka menganggapnya sebagai pemimpin. Shamil Basayev, yang mula mendapat perhatian atas kejayaannya di dalam peperangan, telah memberikan bantuan kepada penduduk Dagestan pada musim panas 1999. Hanya dua buah kampung sahaja yang telah diserang oleh Rusia berjaya diselamatkan. Penyembelihan dahsyat telah berlaku di kampung-kampung tersebut, dan penduduk yang tidak bersalah telah dibunuh kejam. Peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Chechnya, yang masih berlaku pada hari ini, telah tercetus lagi menerusi insiden ini.


Kuasa Rusia menceroboh Chechnya pada tanggal 2 Oktober 1999 dan telah melakukan siri pembunuhan yang sangat kejam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira wanita, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka mula menyerang penduduk awam. Senjata-senjata kimia, peluru berpandu scud dan napalm (Pent: iaitu sejenis bahan petrol seperti agar-agar yang digunakan untuk membuat bom) telah digunakan di dalam serangan-serangan tersebut. Manakala hospital-hospital, wad-wad bersalin, kawasan membeli-belah dan kem-kem tahanan dijadikan sebagai sasaran serangan.


Salah satu daripada serangan-serangan tidak berperikemanusiaan Rusia terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air kepada beberapa buah kampung di Chechen. Ramai wanita dan juga kanak-kanak yang minum air dari sungai tersebut mati, manakala beratus-ratus yang lain menderita sakit dalam tempoh yang panjang. Chechnya kehilangan tiga perempat populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Sekarang ini pun, orang-orang Chechen masih cuba untuk terus hidup di dalam negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Dari sahabat Nu’man bin Basyir radhiallahu ‘anhu ia menuturkan: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Perumpamaan kecintaan, kasih sayang, dan bahu-membahu kaum mukminin bak satu tubuh, bila ada anggota tubuh itu yang menderita, niscaya anggota tubuh lainnya akan sama-sama merasakan susah tidur dan demam.” (Hadits Riwayat Muslim)

Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau. Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua. Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye­lamatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih". (Ibrahim, 6-7)


Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang­nya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber­pecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me­lakukan kerosakan. (Al-Qashash, 4)


Mentaliti yang membenarkan berlakunya pembunuhan kanak-kanak, membelah perut wanita-wanita mengandung, memusnahkan rumah-rumah penduduk dengan menggunakan kereta kebal, dan berbagai-bagai lagi kedahsyatan, telah lari jauh dari sebarang sensitiviti moral, perasaan perikamunusiaan, belas kasihan, cinta atau simpati. Ramai di kalangan mereka yang tidak mengetahui sebab-musabab kepada kekejaman yang dilakukan, tetapi oleh kerana ada sifat jahat yang dibawa oleh ateisme, mereka dengan mudah melakukan pelbagai jenis tindakan syaitan. Apa yang diharapkan dari Rusia ialah mereka mesti meninggalkan mentaliti hitam tersebut, yang merupakan saki-baki dari Kesatuan Soviet, yang memandu mereka kepada penggubalan polisi-polisi ke atas Chechen, kepada suatu perubahan yang membawa kepada penggubalan polisi yang lebih bersifat sederhana yang seterusnya akan membawa keamanan dan keselamatan, baik kepada Rusia mahupun orang-orang Chechen.


Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa sebab, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami adalah Allah.” Dan jika Allah tidak menolak (keganasan) manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

(Al-Hajj, 22:40)

Askar-askar Rusia secara umumnya menjadikan penduduk awam sebagai sasaran, mengebom pasar-pasar, klinik-klinik ibu mengandung dan konvoi-konvoi pelarian...


Situasi yang Dihadapi oleh Pelarian Chechen


Sebilangan besar organisasi hak asasi manusia yang menjalankan kajian ke atas pelarian Chechen melaporkan bahawa hak-hak asasi mereka telah dilanggar dalam satu skala yang cukup besar. Kira-kira 250,000 orang-orang Chechen yang lari akibat peperangan kini berada di Ingushetia, dan bakinya boleh dijumpai di kawasan-kawasan jiran. Orang-orang Chechen sedang berhadapan dengan kebuluran, kehausan dan penyakit-penyakit berjangkit. Wanita dan kanak-kanak, orang muda dan tua yang terpaksa bermigrasi, kini sedang bergelut untuk terus hidup dalam keadaan yang sangat sejuk dan hujan, dua atau tiga keluarga berada di dalam gerabak keretapi lama yang ditinggal­kan, ataupun dalam bangsal-bangsal kuda di kampung-kampung tempat mereka berlindung.


Dunia memandang remeh terhadap tragedi yang berlaku. Ratusan ribu pelarian Chechen yang cuba menyelamatkan diri dari kezaliman Rusia sedang berhadapan dengan musim sejuk yang melampau, kelaparan, kehausan, dan penyakit-penyakit berjangkit.

Sebagai contoh, orang-orang Chechen di kem pelarian Znamens­koye di utara Chechnya kini tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana tidak memiliki baju panas. Hampir separuh di antara mereka yang mendapatkan perlindungan di situ telah jatuh sakit disebabkan oleh keadaan yang sangat menyedihkan dan kesejukan yang amat sangat.7 Penyakit-penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering) dan hepatitis sedang merebak di kem-kem pelarian Chechen, yang tidak memiliki apa-apa yang panas untuk dimakan selama berminggu-minggu pada sesuatu masa dan badan mereka pula tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Angka kematian sedang meningkat.8

Mungkin perkara yang paling mengejutkan ialah majoriti bangsa Barat, yang mendakwa mereka berdiri di barisan hadapan untuk melindungi hak-hak asasi manusia, tidak berusaha untuk menolong para pelarian tersebut. Bahagian signifikan pandangan-pandangan masyarakat awam dunia ialah mereka tidak betul-betul tahu tentang penderitaan yang sedang orang-orang Chechen alami dan kadang-kala mengabaikan kekejaman yang dikenakan ke atas beratus-ribu orang-orang Chechen yang lari dari kekejaman Rusia. Bantuan dari negara-negara lain disekat, dan mereka yang sedang kelaparan, kehausan dan kesejukan yang mencengkam amat sukar untuk bertemu walau dengan kerak roti sekalipun. Kesedihan yang dialami oleh pelarian-pelarian tersebut mesti di

pandang sebagai satu perkara yang memerlukan tindakan pantas.
Orang2 Chechnya-Apakah Mereka Berbeza Dengan Kita ?
Bukankah Setiap Orang Islam Itu Bersaudara...
Bukankah Mereka Juga Mengucapkan Kalimah....
Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah...


Bagaimana Jalan Penyelesaiannya Dapat Diperoleh?


Jalan penyelesaian terletak di atas bahu Rusia dan juga para pejuang Chechen. Kedamaian yang dicari mesti berlandaskan pendekatan cintakan keamanan dan bersikap sederhana seperti yang dituntut oleh Allah. Moscow mesti mengelakkan diri dari terus beranggapan bahawa kewujudan dan aspirasi nasional umat Islam Caucasus sebagai satu ancaman, dan mereka mesti meredakan konflik dan tekanan ke paras yang minimum dengan mengambil konsep bersederhana dan polisi yang aman. Seperti yang telah kita lihat, keganasan Rusia di Chechnya tidak dapat diterima sama sekali. Walau bagaimanapun di sebaliknya, pejuang Chechen yang terlibat dalam serangan ke atas penduduk awam Rusia turut mengambil jalan yang salah. Kedua-dua pihak mesti mengelakkan diri dari terus melakukan pertumpahan darah, dan seterusnya berusaha untuk membina kedamaian.


Adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam sedunia untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang Chechen yang sedang menderita ditindas. Cukup jelas bahawa tiada seseorang pun yang benar-benar takutkan Allah dan memiliki konsep keadilan yang digariskan oleh-Nya di dalam al-Quran untuk terus berdiri bodoh melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah. Seorang mukmin sejati selalu membantu orang-orang miskin, mereka yang memerlukan, mereka yang diusir dari rumah, dan akan bersedia berkorban apa sahaja untuk mereka. Sikap sanggup berkorban dan toleransi umat Islam ketika zaman Nabi s.a.w. yang mana mereka telah diusir dan terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka telah dicatatkan di dalam al-Quran:


(Juga) bagi para fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.


Dan orang-orang yang telah mendiami kota Madinah dan telah beriman (golongan Ansar) sebelum (ketibaan) mereka (golongan Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak mempunyai keinginan dalam hati terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka; dan, mereka mengutamakan (golongan Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr, 8-9)


Secara lumrahnya, penyebaran nilai-nilai moral yang agung ini hanya dapat berlaku dengan penyebaran agama. Sebab itulah, apa yang perlu dijadikan proriti utama oleh mereka yang memiliki kesedaran ialah mencari jalan terbaik untuk menyebarkan moral-moral al-Quran dan juga mengamalkan isi-isi kandungannya. Allah memberi janji yang baik kepada sesiapa yang menolong agama-Nya:


(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali hanya kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah lagi Maha Perkasa. (Al-Hajj, 40)


Video Lagu Berkenaan Perjuangan Orang Islam Chechnya

=http://www.facebook.com/video/video.php?v=122035034493835

WAllahu'Alam...

Pilihan Ditangan Kita...Sama Ada Nak Mengabaikan Penindasan Ini Dengan Sebab Menganggap Permasalahan Ini Adalah Tidak Berkaitan Dengan Kita Yang Sedang Hidup Selesa,Punyai Wang Dan Rumah Dan Kereta Tanpa Menderita Ataupun Sengsara.....

Ataupun Memikirkan Sesuatu Jalan Bagaimana Ingin Membantu Mereka...

Jihad Mata Pena,Jihad Internet,Jihad Bantuan,Ataupun Jihad Bersenjata....

Alhamdulillah Bagi Sahabat2 Yang Beragama Islam Yang Mengambil Tahu Permasalahan Ini...

Ingatlah..Chechnya Bukanlah Satu2nya Negara Islam Yang Ditindas...
Banyak Lagi...Malah Boleh Dikatakan Mana Negara Yang Melaungkan Kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Nabi Muhamad Pesuruh Allah Maka Pasti Akan Ditindas...
Mungkin Anda Mengatakan Ini Adalah Nasib Malang Bagi Negara2 Yang Ditindas...
Tidak Anda Amat Silap...
Inilah Ujian Allah Bagi Hamba2nya...

”Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al -‘Ankabuut: 1-3)


Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka:"Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang,tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangatdari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan(kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah:"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baikuntuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.(Surah An Nisaa Ayat 77)


Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang)yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalanAllah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik(surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yangduduk dengan pahala yang besar,

(Surah An-Nisaa Ayat 95)

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di mukabumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapakeluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah danRasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalahAllah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Surah An Nisaa Ayat 100)



Maka Berperanglah Kamu Pada Jalan Allah,Tidaklah Kamu Dibebani Melainkan Dengan Kewajipan Kamu Sendiri.Kobarkanlah Semangat Para Mukmin (Untuk Berjihad).Mudah-Mudahan Allah Menolak Serangan Orang-Orang kafir Itu.Allah Amat Besar Kekuatan Dan Amat Keras Siksaan (Nya) (An-Nisaa 84)


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang denganpersiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orangselain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya(Surah Al Anfaal Ayat 60)


"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan(pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah An Nissa Ayat 104)


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" (at - Taubah : Ayat 24)


Firman Allah Ta'ala yang artinya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh." (QS. At Taubah: 111).


"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)


Anas RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda : “Tiada seorangpun yang telah masuk surga lalu ingin kembali ke dunia untuk memperoleh sesuatu yang ada di dalamnya kecuali orang yang mati syahid (syuhada). Dia berharap untuk kembali ke dunia sehingga terbunuh kembali (sebagai syahid) sebanyak sepuluh kali, karena apa yang didapatkannya dari kemuliaan (bagi para syuhada).” (H.R Bukhari dan Muslim)


InsyaAllah Jika Berkesempatan Dan Dipanjangkan Lagi Umur Ini...

Akan Saya Cuba Copy Dan Paste Buku Daripada Harun Yahya Yang Banyak Menyenaraikan Negara2 Islam Yang Telah Dan Sedang Ditindas............

Sumber Nota =
http://harunyahya.biz/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam01.php